Jumaat

we are scientist

kebiasaanya kita akan bertekak perkara remeh temeh.
perkara-perkara tak masuk akal.
kita gembira dengan keadaan ini.
tidak pulak kita membantah, tidak komplen.
kita akhiri dengan pelukan kasih mesra tidur tak lena malam.
usah khuatir, kita akan selalu begini.
percayalah,
sepertu yang pernah kau katakan kepada kau dulu;
aku hanya manusia jadian yang bisa bertukar menjadi apa saja perkara-perkara mengikut kemahuan kau.
jangan kau malu untuk mempercayainya,
tidakkah kau lupa malan tadi tatkala kita berpeleseran, aku telah bertukar menjadi seorang manusia yang paling romantis di muka bumi yang pernah kau kenali.
jangan tipu.
kau yang berkata begitu ketika aku belai setiap helai rambut blonde kamu. aku tidak suka dengan rambut blonde kamu. aku suka dengan warna asli; hitam. aku tidak pusing kerana aku hanya mahu kau disi aku untuk setiap malam sejukku.
apa kau sudah lupa tentang kejadian itu?
kita hanya hidup sementara diatas ini, esok siapa tahu aku bertukar menjadi kau dan mencari yang lain.
itu adalah cerita lain.
sebentar; sayang.

pergi

dan,
pada malam ini kau harus pulang ke pangkuan.
memanaskan kembali sandiwara kita.
nafsu kita.
di bawah kerlipan lampu neon yang hampir malam,
saja aku tidak mahu tukar.
untuk nampakkan lebih romantik disaat kita berdua bermain asmara.
jangan ditahan. jangan dinafikan.
satu-satunya kemahuan kita.
datanglah kemari, permaisuriku.
jangan pergi lagi.

jangan ikut saja, baca dulu